Kolej Kejururawatan Kubang Kerian
Sunday, 23 September 2012
Latar Belakang Kolej Kejururawatan Kubang Kerian
Ditubuhkan pada Julai 1977.
Dirasmikan pada 26 Mei 1979 oleh Y.B Tan Chong Hon Nyan P.S.M. , J.M.N. , Menteri Kesihatan Malaysia.
Menjalani latihan Diploma Kejururawatan selama 3 tahun
* Tahun 1 Semester I
* Tahun 1 Semester II
* Tahun 2 Semester I
* Tahun 2 Semester II
* Tahun 3 Semester I
* Tahun 3 Semester II
Sesi pengambilan pelatih diadakan setiap tahun 2 kali iaitu pada bulan Januari dan Julai.
MAKLUMAT-MAKLUMAT LATIHAN TEORI :
Subjek :
SAINS KESIHATAN (Health Sciences)
* Anatomi dan fisiologi
* Biokimia
* Mikrobiologi
* Parasitologi
* Epidimiologi
* Nutrisi
* Farmakologi
* "Communicable Disease"
SAINS TINGKAHLAKU (Behavioral Sciences)
* Psikologi
* Sosiologi
* Komunikasi
* Perhubungan Manusia dan Awam
* Konsep Penyayang
SAINS KEJURURAWATAN (Nursing Sciences)
* Prinsip dan Praktis Kejururawatan
* Perawatan Perubatan dan Pembedahan
* Perawatan dan Ginekologi
* Perawatan Kesihatan Komuniti
* Perawatan Kesihatan Mental
* Perawatan Pediatrik
* Pengurusan Kejururawatan
* Perkembangan Profesional
* "Nursing Research"
* Perawatan Kecemasan
SUBJEK ELEKTIF
* Bahasa Inggeris
KAEDAH LATIHAN
* Perbincangan
* Problem Based Learning
* Tugasan
* Lawatan sambil belajar
* Syarahan
* Demonstrasi
KAEDAH PENILAIAN (SISTEM PURATA NILAI GRED KUMULATIF)
Peperiksaan Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia
- Peperiksaan Pertengahan Semester
- Periksaan Akhir
Peperiksaan Lembaga Jururawat
Pelatih akan menerima SENARAI LAMPIRAN daripada pihak Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang akan diposkan ke rumah berdasarkan alamat yang tertera dalam borang SPA yang di isi secara online.
Lampiran tersebut adalah seperti berikut:
1. Lampiran A - Elaun dan kemudahan semasa latihan.
2. Lampiran B - Dokumen-dokumen setuju terima tawaran latihan.
3. Lampiran C - Senarai semak ( Checklist ) dokumen-dokumen semasa lapor diri.
4. Lampiran D - Keperluan dan kelengkapan untuk dibawa semasa hari pendaftaran.
5. Lampiran E - Senarai institusi latihan outsourcing dan kolej perhubungan.
LAMPIRAN A
1. Elaun di Peringkat Diploma
1.1 Biasiswa - RM 621.21/bulan
1.2 Elaun Buku - RM 250.00/tahun
1.3 Elaun Pekakas - RM 25.00 /sekali sepanjang tempoh latihan
1.4 Elaun Kertas Projek - RM 90.00 /sekali setahun
1.5 Elaun Jahitan Pakaian Seragam - RM 45.00 /sepasang
2. Kemudahan Perjalanan Dengan Kapal Terbang
2.1 Calon daripada negeri Sabah yang menerima tawaran ini dan ditempatkan di mana-mana Institusi Latihan di negeri Sarawak atau Semenanjung hendaklah menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak di talian 088-265960 bagi urusan tiket penerbangan .
2.2 Calon daripada negeri Sarawak yang menerima tawaran ini dan ditempatkan di mana-mana Institusi Latihan di negeri Sabah atau Semenanjung hendaklah menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di talian 082-256566 bagi urusan tiket penerbangan .
3. Tuntutan Tambang Perjalanan
3.1 Calon layak membuat tuntutan tambang perjalanan sekali semasa lapor diri dan sekali setelah tamat latihan.
4. Pakaian Seragam
4.1 Calon akan dibekalkan pakaian seragam mengikut kelayakan-kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan di sepanjang tempoh latihan seperti berikut:
4.1.1 Tahun Pertama - 3 pasang
4.1.2 Tahun Kedua - 2 pasang
4.1.3 Tahun Ketiga - 2 pasang
4.2 Calon yang mengikuti program outsourcing pakaian seragam adalah di bawah kelolaan kolej masing-masing.
5. Kemudahan tempat tinggal (Asrama) dan Penyediaan Makanan
5.1 Bayaran asrama yang dikenakan adalah mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Calon juga dikehendaki membayar di atas kadar yang ditetapkan oleh pihak kolej bagi penyajian makanan di asrama tersebut sekiranya ada.
5.2 Calon yang mengikuti program outsourcing, kemudahan asrama adalah dibawah kelolaan pihak kolej masing-masing.
6. Rawatan Perubatan
6.1 Calon adalah layak untuk mendapatkan rawatan perubatan percuma pada setiap kali mendapatkan rawatan di hospital-hospital Kerajaan disepanjang tempoh latihan ini sekiranya dikehendaki mendapatkan rawatan di wad, calon berkelayakan Wad Kelas Dua.
6.2 Calon yang mengikuti program outsourcing di institusi-institusi latihan swasta dikehendaki berhubung dengan kolej perhubungan yang dilantik oleh Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Kolej yang menyelia seperti di Lampiran E.
7. Cuti
Calon adalah layak untuk mendapat cuti semester yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
8. Cuti Belajar bagi Angota-anggota yang Sedang Berkhidmat Dalam Perkhidmatan Kerajaan
8.1 Calon yang mengikuti kursus berkaitan dengan tugas semasa perlu memohon untuk diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa. (Contoh : jawatan Jururawat Masyarakat ke jawatan Jururawat).
8.2 Calon yang mengikuti kursus yang tidak berkaitan dengan tugas semasa perlu memohon untuk diluluskan Cuti Belajar Tanpa Gaji Dengan Biasiswa berdasarkan matagaji terakhir yang diterima semasa menerima tawaran. (contoh : jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam).
LAMPIRAN B
1. Borang Pemeriksaan Kesihatan
1.1 Calon dikehendaki mengisi Borang Pemeriksaan Kesihatan yang disertakan dan menyerahkan kepada Pengamal Perubatan Berdaftar di Hospital / Klinik Kerajaan atau Swasta semasa menjalani pemeriksaan.
1.2 Pemeriksaan bagi Hepatitis B dan Hepatitis C adalah diwajibkan ke atas calon-calon yang mengikuti kursus Jururawat, Jururawat Masyarakat, Jururawat Pergigian, Pembantu Perubatan dan Pembantu Pembedahan Pergigian.
2. Borang Perjanjian dan Borang Perakuan Penjamin
Calon dikehendaki mengisi dan menandatangani Borang Perjanjian dan Borang Perakuan Penjamin-penjamin yang disertakan bersama-sama Surat Tawaran. Sila baca dengan teliti Panduan Mengisi Borang Perjanjian sebelum mengisi dokumen-dokumen perjanjian yang berkenaan. Kesilapan atau kelewatan menyempurnakan perjanjian ini akan menyebabkan calon lewat menerima pembayaran elaun.
3. Surat Akuan Sumpah
Calon dikehendaki mengangkat sumpah dan menurunkan tandatangan calon di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di dalam Surat Akuan Sumpah yang dikembarkan. Tawaran latihan dan biasiswa calon boleh ditamatkan dengan serta merta sekiranya butir-butir yang tercatat di dalam surat akuan sumpah tersebut adalah didapati tidak benar.
4. Penerimaan Tawaran Bagi Pegawai Perkhidmatan Kerajaan
4.1 Sekiranya calon adalah seorang pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan belum disahkan dalam perkhidmatan sewaktu menerima tawaran ini, maka calon dikehendaki meletak jawatan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat perkhidmatan masing-masing. Sesalinan notis perletakan jawatan dan surat persetujuan perletakan jawatan daripada Ketua Jabatan calon hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
4.2 Sekiranya calon adalah seorang Pegawai Kerajaan yang telah disahkan dalam perkhidmatan, calon hendaklah memohon untuk mendapatkan kelulusan:
4.2.1 Cuti Belajar Tanpa Gaji Dengan Biasiswa/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa.
4.2.2 Semua permohonan kelulusan cuti belajar hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
4.3 Calon hendaklah mengisi borang KKM(BPL)LDP 2008 (II) Sokongan dalam 2 salinan beserta dengan dokumen-dokumen berikut:
4.3.1 1 salinan Kenyataan Perkhidmatan yang diakui sah;
4.3.2 1 salinan surat tawaran ke Institusi/Latihan yang diakui sah;
4.3.3 1 salinan senarai tugas yang diakui sah;
4.3.4 1 salinan ulasan mengenai kepentingan kursus kepada jabatan/perkhidmatan;
4.3.5 1 salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi 3 tahun terakhir.
nota : Borang KKM(BPL)LDP 2008 (II) Sokongan boleh dimuat turun dengan melayari Laman Web http://latihan.moh.gov.my
LAMPIRAN C
SENARAI SEMAK (CHECKLIST) DOKUMEN-DOKUMEN SEMASA LAPOR DIRI:
1. Surat Tawaran Tempat Latihan dan satu (1) salinan fotostat;
2. Borang Perjanjian Biasiswa 5 salinan;
3. Borang Penerimaan Tawaran 1 salinan;
4. Surat Akuan Sumpah 1 salinan ;
5. Borang Perakuan Penjamin 2 salinan;
6. Keputusan Pemeriksaan Kesihatan (Bahagian D) 1 salinan;
7. Sijil-sijil persekolahan asal dan satu (1) salinan fotostat;
8. Surat Beranak asal dan satu (1) salinan fotostat;
9. Kad Pengenalan asal dan satu (1) salinan fotostat;
10.Enam keping gambar warna ukuran paspot.
PERINGATAN PENTING!!
# Perkara 1 hingga 10 perlu diserahkan ke kolej sewaktu melapor diri.
# Sekiranya Surat Tawaran lewat diterima calon boleh melakukan Pemeriksaan Kesihatan di Hospital/Klinik Kerajaan atau Swasta yang berhampiran dengan Kolej selepas melapor diri. (calon perlu memaklumkan kepada pihak kolej semasa lapor diri).
# Bagi calon yang telah melakukan pemeriksaan kesihatan di Hospital / Klinik Swasta, bayaran adalah dibawah tanggungan calon sendiri.
# Bagi kemudahan pembayaran elaun,calon perlu menghubungi kolej masing-masing untuk membuka akaun bank. bagi calon Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, calon perlu membuka akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).
# Yuran pendaftaran bagi calon-calon yang ditempatkan di kolej-kolej Outsourcing telah dijelaskan oleh pihak Kementerian.
ITEM-ITEM YANG PERLU DIBAWA SEMASA MELAPOR DIRI
1. Surat Tawaran tempat latihan, borang perjanjian, dan biasiswa.
2. Salinan berikut:
Salinan asal serta dua salinan fotostat yang telah disahkan :
* Kad Pengenalan
* Sijil Kelahiran
* Keputusan Peperiksaan PMR, SPM, STPM
* Sijil Berhenti Sekolah
* Akaun Bank Simpanan Nasional untuk elaun dan biasiswa
3. Cadar, bantal dan sarung serta selimut
4. Alat-alat keperluan peribadi
5. Pakaian
* Formal untuk menghadiri kuliah
* Sukan
6. Kasut
* Formal
* Sukan
* Selipar
7. Jam tangan berjarum saat
8. Alat tulis
9. Wang keperluan sendiri mengikut kemampuan
* Pendahuluan Makan (RM 200.00 )
* Insuran Kelompok (RM 90.00 )
* Pakej Orientasi (RM 100.00 )
* Deposit Kunci (RM 100.00)
CARTA ALIRAN PROSES PENDAFTARAN.
1. Menerima pelatih
2. Penyemakan Dokumen
3. Pengesahan Dokumen
4. Penyerahan Dokumen
5. Pembayaran Deposit Duit Makan dan Penyerahan Kunci Asrama
6. Pendaftaran Selesai
7. Taklimat oleh Pengarah, Timbalan Pengarah dan Pennyelia Asrama.
Subscribe to:
Posts (Atom)